Mari melawat Deoksugung di Seoul, Korea

Seoul bagi saya adalah sebuah kota yang sangat unik kerana ianya terkenal sebagai antara kota termoden di Dunia namun masih mengekalkan tapak warisan lama dan sejarah silamnya. Di Seoul anda akan merasai pertembungan antara kemodenan dan sejarah warisan silam dan ianya adalah sesuatu yang amat mengujakan. Salah satu tapak warisan yang masih kekal di Seoul ialah Istana Deoksu @ Deoksugung (gung = istana). 


Deoksugung merupakan salah satu dari 5 istana utama Dinasti Joseon dan pada asalnya dijadikan sebagai kediaman kerabat diraja. Namun pada tahun 1592, Deoksugung dijadikan kediaman utama Maharaja semasa penaklukan Jepun di Korea (semasa perang Imjan bukan perang dunia ke-2) kerana istana-istana lain telah dimusnahkan oleh Jepun.



Kompleks utama Deoksugung. Walaupun agak kecil jika dibandingkan dengan istana yang lain, Deoksugung mempunyai senireka yang unik kerana mempunyai senireka gaya timur dan barat.




senibina timur dan barat sebelah menyebelah





bangunan yang mempunyai senibina barat. Kini dijadikan sebagai muzium kesenian.



Deoksugung juga mempunyai taman dan laman yang kaya dengan pokok dan merupakan destinasi wajib jika anda berkunjung semasa musim bunga dan musim luruh.




Salah satu tarikan di Deoksugung ialah upacara pertukaran pengawal. Ianya diakan pada jam 11.00 pagi, 2.00 petang dan 3.30 petang. 





Di hadapan pintu masuk Deoksugung, sering diadakan booth untuk pelancong mencuba pakaian pengawal istana. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan pakaian yang unik ini. 


Deoksugung ditutup pada setiap hari Isnin jadi pastikan anda merancang masa anda jika ingin berkunjung ke Deoksugung.



6 comments: