Musim sejuk di Korea merupakan masa yang sangat istimewa dan
dinantikan oleh pelancong yang berhajat melancong ke sana. Kebanyakan
pengunjung ingin merasakan kesyahduan salji seperti dalam drama winter sonata.
Bulan Disember hingga Febuari merupakan masa yang paling sesuai untuk menikmati
salji di Korea.
Jika anda berkunjung di Seoul, tentu anda ingin mengunjungi
tempat khusus yang menyediakan aktiviti musim sejuk seperti ice skating dan
luncur salji. Kebanyakan tempat bermain luncur salji terletak di kawasan
pergunungan di luar bandar Seoul. Jadi lokasinya agak jauh dan bayarannya
mahal.
Jangan risau...anda juga boleh bermain salji di tengah bandar
Seoul dengan harga yang sangat murah dan di sini saya ingin berkongsi tempat
yang boleh anda pergi..
Luncur salji di Ttukseom Supia Park
meluncur di pinggir sungai Han
Terletak di tebing Sungai Han, Ttukseom Supia Park merupakan
kolam renang awam yang bertukar menjadi tapak luncur salji di tengah kota
Seoul. Di sini anda boleh bermain salji berlatar belakangkan keindhan Sungai
Han dan kegemilangan kota Seoul.
berlatarbelakangkan kota Seoul yang gemilang
Bayaran masuk adalah berpatutan iaitu 8000 won
(lebih kurang RM 25) dan tanpa had masa. Dalam taman ini terdapat landasan
luncur salji, lapangan bermain salji, taman tema mini dan macam-macam lagi
tarikan. Setelah puas bermain salji, anda boleh menyewa basikal dan berbasikal
di sepanjang sungai Han. Tapi pasikan anda memakai skaf untuk menutup muka
kerana angin musim sejuk yang melalui muka ketika berbasikla boleh membuatkan
muka terasa kebas..
Ice skating di Seoul Plaza Ice Skating Rink
Terletak berhampiran Seoul Plaza dan Seoul City Hall, gelanggang luncur salji berbentuk bujur dan
dihiasi dengan air pancut dan lampu warna warni. Kalau anda layan drama korea
pasti anda pernah menonton hero dan heroin bermanja sambil ice skating di sini.
Bayaran masuk sebanyak 1000 won (lebih kurang RM 3)selama sejam termasuk helmet
dan kasut luncur ais. Murah kan..
Salam a'laik,
ReplyDeletesaya nak bertanya, saya bakal pergi ke korea insyaAllah next Jan 2014 ni, and plan nak pergi tempat main salji la. and Ttukseom Supia Park nampak macam tempat terbaik as kami pergi pun tak lama, 4 hari sahaja. So nak tanya, mengikut website
http://english.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=1149636&nearBy=site ,
saya kene turun Ttukseom Resort Station (Seoul Subway Line 7) exit 2 or 3 tu maksudnya tak kisah la ye nak masuk exit mana-mana antara 2 atau 3? means takkan sesat jugak la kan? keluar2 subway je terus nampak ye Ttukseom tu?
and plus, adakah myeongdong and namdaemun market bersebelahan? saya bakal stay kat hoehyeon, and saya dapat tahu hoehyeon dekat dengan namdaemun market. tapi saya kurang pasti pasal myeongdong tu. confused..
terima kasih kalau dapat jawab soalan saya. thanks :)
try tgk pos dia yg ni. pasal myeongdon and namdaemun market. harap membantu walau tak banyak. selamat melancong :)
Deletehttp://www.myfir2u.blogspot.com/2013/02/mengembara-di-seoul-dengan-masa-yang.html
tq nadeafu chan...hehe
Deletesaya dah dapat email capyka n dah jawab dalam email tu...harap membantu walaupun tak banyak ( tiru ayat nadeafu chan)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteterima kasih. jawapan sangat membantu :D kalau ade pertanyaan lagi, nanti saya tanya. hehe.
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteSaya nak pergi melancong d seoul pd 18 - 22 dec 2013 nanti.. boleh tak firdaus tlg buatkan itenary utk saya.. bilik pun saya belum booking lagi.. minta cadangan..
Tq.
wsalam...boleh rujuk di blog entri pasal itenary
ReplyDeletesalam. saya nak tanya tentang cuaca di penghujung februari sebab saya ke sana 22 FEB - 28 FEB. cuaca agak sejuk ke atau sudah kurang ? dan pemakaian yang sesuai pada waktu itu. harap dapat membantu. terima kasih. :)
ReplyDeleteamer,saya ke seoul juga 23 hingga 27 february..hehehe
Deletekot2 terserempak..haha
suhu time tu masih sejuk n pakaian masih pakaian winter....
Deletesaya pun lebih kurang je 2.. saya ada kat sana 28/2 - 5/3..
Deleteokay thanks for the info. yang mana terserempak tu kalau jumpa tegur lah. tu pun kalau kenal rupa. kehkehkeh
Deleteassalamualaikum,
ReplyDeletesy akan ke seoul pd 7 feb -14feb dan stay di annguesthouse(hongik st)
kami peri lebih dr 12org termasuk 4kanak2 dan 1 baby 5bulan.. sy nak tanya
cuaca ketika tu agak2 cecah berapa darjah?and pakaian yg mcm mana sesuai utk baby..sy dh beli winter jaket utk baby..tp agak bsr sikit..huhuhu sb xde size. kat sana mana nak dpt kedai jual barangan baby yg agak murah sikit?
kalau ank atau baby demam apa perlu sy buat?
mcm mana nak ke tempat luncur salji Tthukseom Supia Park ni dar hongik station?
boleh bg tip bagi kami yg travel bawa baby kecik dan ank2 kecik?
tqsm
waalaikumsalam,
Deletepertama sekali terima kasih sebab sudi baca blog saya...
ramai jugak ahli kumpulan anda, 12 orang. Preparation kena mantap.
Suhu ketika tu around 0 to 5 degree Celsius.
Untuk baby, first sekali saya cadangkan jumpa doktor sebelum terbang ke Korea. Untuk dapatkan nasihat dan medication yg sesuai. Sebab saya pernah pergi klinik n nampak poster tentang info kalau nak bawa anak ke oversea. Antaranya jumpa doktor. Dari segi pakaian pula kena beli yang winter grade punya...pakaian ni ada range suhu...beli yg range sampai suhu negatif.
Untuk ke Ttukseum supia park. kalau naik subway turun di Ttukseom Resort Station (Seoul Subway Line 7), Exit 2 or 3
Assalamualaikum ,
ReplyDeleteboleh saya tahu salji pertama biasa nya turun waktu anggarannya bila dan adakah salji turun beterusan dan selama bila .
tq
Waalaikumsala, selalunya salji pertama turun minggu terakhir bulan November / Minggu pertama bulan Disember
Deleteassalammualaikum .saya akan pergi pada 10 hingga 16 haribulan 4 seramai 10 seorang .saya ingin tahu keadaan weather dan anggaran suhu pada tarikh2 tersebut .masih ada salji lagi ke ?lagi satu boleh tahu penginapan budjet sekitar Namsan dan kos nya ? terina kasih :)
ReplyDeleteeh silap bukan bulan april tapi bulan march .sorry salah information .
ReplyDeletewsalam.... 10 hingga 16 mac peralihan musim sejuk ke musim bunga....salji dah mula mencair tp suhu masih sejuk....around 3 to 5 degree celcius...tp kat area gunung masih ada salji.... kalau nak cari hotel bajet saya cadangkan compare harga di agoda.com or asiarooms.com or booking.com
DeleteAssalammualaikum dik, akak bercadang bercuti ke seoul bersama suami dan anak2...tp kami bercadang nak pergi sendiri tanpa tour guide. Ok ke utk yg pertama kali ke sana ?
ReplyDeletewsalam...jawapannya ada di link ni....
Deletehttp://myfir2u.blogspot.com/2014/02/kembara-koreabagpack-atau-pergi-bersama.html?m=1
T.kasih
Deletesama-sama
DeleteSeoul station dgn ttukseom resort tu.
ReplyDeleteBerapa lama masa yg diambil utk sampai...
Lebih kurang 15 minutes
DeleteAssalammualaikum, I cadang nak bawak family ke Korea, December 2014. Dari 24hb hingga 31hb..Jadi nak tanya kalau kalau mase ni kedai di buka seperti biasa ke banyak yang tutup?
ReplyDeletewaalaikumsalam... secara umumnya kedai buka mcm biasa... cuma ada yg awal tutup.
DeleteSalam..sy bakal ke korea 10-16 nov...ada terbaca aritu ada resort di pergunungan yg ada salji time saya pegi tu...betul ke?? X silap yongpyong...
ReplyDeleteSaya juga akan ke Seoul 28/11-4/12/2014 ni, nak tanya juga ada tak tempat main Ski yg dah buka waktu ni?
DeleteUtk kanak2 mcm mana ye bayaran subway. Kena beli card mcm dewasa jugak ke?
ReplyDeleteasalam saya nk korea pada 10/01/2015, boleh saya tahu macamane nk ke pheonix park hotel , maksud saya dari incheon airport ke hotel ???
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteassalam. untuk dapat bermain salji di Ttukseom Supia Park, bulan berapa tasik betul2 beku? rancangan saya nak pergi awal bulan feb. masih bekukah kolam di sana?
ReplyDeleteAssalam en fir...sy plan nak pg korea 26 feb ni...sampai busan dlm 4pm..sempat ke ptg tu sy terus ke seoul? transport apa yg sesuai sy guna kan? brp jam perjlnan? coz sy plan 27 feb tu sy nak ke pulau nami..
ReplyDelete22/11 hingga 29/11 ni da musim salji ke??
ReplyDeletewahh udah kepengen dari dulu maen salju tapi belum kesampaian hoho
ReplyDeleteYuk ke dieng : Paket Wisata Dieng