Main salji di Seoul, Korea




Musim sejuk di Korea merupakan masa yang sangat istimewa dan dinantikan oleh pelancong yang berhajat melancong ke sana. Kebanyakan pengunjung ingin merasakan kesyahduan salji seperti dalam drama winter sonata. Bulan Disember hingga Febuari merupakan masa yang paling sesuai untuk menikmati salji di Korea.
Jika anda berkunjung di Seoul, tentu anda ingin mengunjungi tempat khusus yang menyediakan aktiviti musim sejuk seperti ice skating dan luncur salji. Kebanyakan tempat bermain luncur salji terletak di kawasan pergunungan di luar bandar Seoul. Jadi lokasinya agak jauh dan bayarannya mahal.
Jangan risau...anda juga boleh bermain salji di tengah bandar Seoul dengan harga yang sangat murah dan di sini saya ingin berkongsi tempat yang boleh anda pergi..

Luncur salji di Ttukseom Supia Park

meluncur di pinggir sungai Han

Terletak di tebing Sungai Han, Ttukseom Supia Park merupakan kolam renang awam yang bertukar menjadi tapak luncur salji di tengah kota Seoul. Di sini anda boleh bermain salji berlatar belakangkan keindhan Sungai Han dan kegemilangan kota Seoul.

berlatarbelakangkan kota Seoul yang gemilang

 Bayaran masuk adalah berpatutan iaitu 8000 won (lebih kurang RM 25) dan tanpa had masa. Dalam taman ini terdapat landasan luncur salji, lapangan bermain salji, taman tema mini dan macam-macam lagi tarikan. Setelah puas bermain salji, anda boleh menyewa basikal dan berbasikal di sepanjang sungai Han. Tapi pasikan anda memakai skaf untuk menutup muka kerana angin musim sejuk yang melalui muka ketika berbasikla boleh membuatkan muka terasa kebas..



Ice skating di Seoul Plaza Ice Skating Rink


Terletak berhampiran Seoul Plaza dan Seoul City Hall,  gelanggang luncur salji berbentuk bujur dan dihiasi dengan air pancut dan lampu warna warni. Kalau anda layan drama korea pasti anda pernah menonton hero dan heroin bermanja sambil ice skating di sini. Bayaran masuk sebanyak 1000 won (lebih kurang RM 3)selama sejam termasuk helmet dan kasut luncur ais. Murah kan..

36 comments:

  1. Salam a'laik,

    saya nak bertanya, saya bakal pergi ke korea insyaAllah next Jan 2014 ni, and plan nak pergi tempat main salji la. and Ttukseom Supia Park nampak macam tempat terbaik as kami pergi pun tak lama, 4 hari sahaja. So nak tanya, mengikut website
    http://english.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_1_1_1.jsp?cid=1149636&nearBy=site ,

    saya kene turun Ttukseom Resort Station (Seoul Subway Line 7) exit 2 or 3 tu maksudnya tak kisah la ye nak masuk exit mana-mana antara 2 atau 3? means takkan sesat jugak la kan? keluar2 subway je terus nampak ye Ttukseom tu?

    and plus, adakah myeongdong and namdaemun market bersebelahan? saya bakal stay kat hoehyeon, and saya dapat tahu hoehyeon dekat dengan namdaemun market. tapi saya kurang pasti pasal myeongdong tu. confused..

    terima kasih kalau dapat jawab soalan saya. thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. try tgk pos dia yg ni. pasal myeongdon and namdaemun market. harap membantu walau tak banyak. selamat melancong :)

      http://www.myfir2u.blogspot.com/2013/02/mengembara-di-seoul-dengan-masa-yang.html

      Delete
    2. tq nadeafu chan...hehe

      saya dah dapat email capyka n dah jawab dalam email tu...harap membantu walaupun tak banyak ( tiru ayat nadeafu chan)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. terima kasih. jawapan sangat membantu :D kalau ade pertanyaan lagi, nanti saya tanya. hehe.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..
    Saya nak pergi melancong d seoul pd 18 - 22 dec 2013 nanti.. boleh tak firdaus tlg buatkan itenary utk saya.. bilik pun saya belum booking lagi.. minta cadangan..
    Tq.

    ReplyDelete
  5. wsalam...boleh rujuk di blog entri pasal itenary

    ReplyDelete
  6. salam. saya nak tanya tentang cuaca di penghujung februari sebab saya ke sana 22 FEB - 28 FEB. cuaca agak sejuk ke atau sudah kurang ? dan pemakaian yang sesuai pada waktu itu. harap dapat membantu. terima kasih. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amer,saya ke seoul juga 23 hingga 27 february..hehehe
      kot2 terserempak..haha

      Delete
    2. suhu time tu masih sejuk n pakaian masih pakaian winter....

      Delete
    3. saya pun lebih kurang je 2.. saya ada kat sana 28/2 - 5/3..

      Delete
    4. okay thanks for the info. yang mana terserempak tu kalau jumpa tegur lah. tu pun kalau kenal rupa. kehkehkeh

      Delete
  7. assalamualaikum,
    sy akan ke seoul pd 7 feb -14feb dan stay di annguesthouse(hongik st)
    kami peri lebih dr 12org termasuk 4kanak2 dan 1 baby 5bulan.. sy nak tanya

    cuaca ketika tu agak2 cecah berapa darjah?and pakaian yg mcm mana sesuai utk baby..sy dh beli winter jaket utk baby..tp agak bsr sikit..huhuhu sb xde size. kat sana mana nak dpt kedai jual barangan baby yg agak murah sikit?

    kalau ank atau baby demam apa perlu sy buat?

    mcm mana nak ke tempat luncur salji Tthukseom Supia Park ni dar hongik station?

    boleh bg tip bagi kami yg travel bawa baby kecik dan ank2 kecik?

    tqsm

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,
      pertama sekali terima kasih sebab sudi baca blog saya...
      ramai jugak ahli kumpulan anda, 12 orang. Preparation kena mantap.
      Suhu ketika tu around 0 to 5 degree Celsius.
      Untuk baby, first sekali saya cadangkan jumpa doktor sebelum terbang ke Korea. Untuk dapatkan nasihat dan medication yg sesuai. Sebab saya pernah pergi klinik n nampak poster tentang info kalau nak bawa anak ke oversea. Antaranya jumpa doktor. Dari segi pakaian pula kena beli yang winter grade punya...pakaian ni ada range suhu...beli yg range sampai suhu negatif.

      Untuk ke Ttukseum supia park. kalau naik subway turun di Ttukseom Resort Station (Seoul Subway Line 7), Exit 2 or 3

      Delete
  8. Assalamualaikum ,
    boleh saya tahu salji pertama biasa nya turun waktu anggarannya bila dan adakah salji turun beterusan dan selama bila .

    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsala, selalunya salji pertama turun minggu terakhir bulan November / Minggu pertama bulan Disember

      Delete
  9. assalammualaikum .saya akan pergi pada 10 hingga 16 haribulan 4 seramai 10 seorang .saya ingin tahu keadaan weather dan anggaran suhu pada tarikh2 tersebut .masih ada salji lagi ke ?lagi satu boleh tahu penginapan budjet sekitar Namsan dan kos nya ? terina kasih :)

    ReplyDelete
  10. eh silap bukan bulan april tapi bulan march .sorry salah information .

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.... 10 hingga 16 mac peralihan musim sejuk ke musim bunga....salji dah mula mencair tp suhu masih sejuk....around 3 to 5 degree celcius...tp kat area gunung masih ada salji.... kalau nak cari hotel bajet saya cadangkan compare harga di agoda.com or asiarooms.com or booking.com

      Delete
  11. Assalammualaikum dik, akak bercadang bercuti ke seoul bersama suami dan anak2...tp kami bercadang nak pergi sendiri tanpa tour guide. Ok ke utk yg pertama kali ke sana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...jawapannya ada di link ni....

      http://myfir2u.blogspot.com/2014/02/kembara-koreabagpack-atau-pergi-bersama.html?m=1

      Delete
  12. Seoul station dgn ttukseom resort tu.
    Berapa lama masa yg diambil utk sampai...

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum, I cadang nak bawak family ke Korea, December 2014. Dari 24hb hingga 31hb..Jadi nak tanya kalau kalau mase ni kedai di buka seperti biasa ke banyak yang tutup?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam... secara umumnya kedai buka mcm biasa... cuma ada yg awal tutup.

      Delete
  14. Salam..sy bakal ke korea 10-16 nov...ada terbaca aritu ada resort di pergunungan yg ada salji time saya pegi tu...betul ke?? X silap yongpyong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga akan ke Seoul 28/11-4/12/2014 ni, nak tanya juga ada tak tempat main Ski yg dah buka waktu ni?

      Delete
  15. Utk kanak2 mcm mana ye bayaran subway. Kena beli card mcm dewasa jugak ke?

    ReplyDelete
  16. asalam saya nk korea pada 10/01/2015, boleh saya tahu macamane nk ke pheonix park hotel , maksud saya dari incheon airport ke hotel ???

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. assalam. untuk dapat bermain salji di Ttukseom Supia Park, bulan berapa tasik betul2 beku? rancangan saya nak pergi awal bulan feb. masih bekukah kolam di sana?

    ReplyDelete
  19. Assalam en fir...sy plan nak pg korea 26 feb ni...sampai busan dlm 4pm..sempat ke ptg tu sy terus ke seoul? transport apa yg sesuai sy guna kan? brp jam perjlnan? coz sy plan 27 feb tu sy nak ke pulau nami..

    ReplyDelete
  20. 22/11 hingga 29/11 ni da musim salji ke??

    ReplyDelete
  21. wahh udah kepengen dari dulu maen salju tapi belum kesampaian hoho

    Yuk ke dieng : Paket Wisata Dieng

    ReplyDelete