Namsan Park: Taman terbesar di Seoul

Merupakan taman terbesar di Seoul. Kawasan Namsan Park mempunyai keluasan 2900000 meter persegi meliputi gunung di tengah kota Seoul, hutan rekreasi, kompleks pelancongan di puncak gunung, spot romantik, tapak kebudayaan Korea dan pelbagai lagi tarikan yang menjadi sebab untuk datang ke sini.
Peta Namsan Park...besar dan banyak untuk diterokai

Makanan ketika backpacking di Korea

gambar intro...makan di Beewon Guesthouse

Jika mengembara di Korea memang mudah untuk dapatkan makanan halal di Itaewon tapi bagaimana pula nak makan kalau jalan kat tempat lain di sekitar Seoul. Ok jangan risau sebab dalam post kali ni nak ajar cara yang selalu digunakan oleh pengembara backpacking muslim. Caranya dengan membawa makanan sedia makan di dalam beg anda. Jangan salah sangka, bukan bawa Maggi tau. Makan sedia makan ialah lauk yang telah sedia dimasak dan dipacking dengan teknik pembungkusan moden untuk menjadikan makanan tahan lama. Sebenarnya makanan jenis ni dah lama digunakan oleh tentera sebagai rangsum tempur untuk masuk ke hutan. Tapi rangsum tentera ni barang terhad dan terkawal. Hanya untuk tentera jer tau. Kalau anda yang bukan tentera ada benda ni nanti boleh didakwa di mahkamah awam ataupun tentera...takut tak.


rangsum tempur tentera

Jangan risau, terdapat beberapa company yang menyediakan makanan sedia makan. Antaranya Brahim's, dan Alif. Produk ni boleh dibeli di pasaraya terkemuka seperti Jusco dan Tesco. 

makanan sedia makan keluaran Brahim's. terdapat banyak pilihan makanan seperti kari ayam, kari daging, bubur pulut, bubur kacang, pajeri nenas dan lain2



Untuk nasi pula, boleh beli dan makan nasi segera korea 
nasi segera ni boleh dibeli di 7-eleven korea atau convenience store yang lain. Masak guna microwave selama 2 ke 3 minit. 




yang ni pun my fav...rendang ayam sedia makan tesco extra spicy...siap ada kentang lagi tau


Makanan jenis ini halal, mudah disediakan, sedap dan yang paling penting mengenyangkan dan memberi tenaga untuk mengembara. Ianya boleh terus dimakan or kalau nak panaskan pun boleh. Untuk menambahkan efek kenyang dan menambah tenaga, makanan ni boleh dimakan bersama roti. Boleh cecah atau buat sandwich. Namun nasihat saya, seeloknya anda lakukan food test. Beli dulu satu pek dan cuba makan di rumah untuk menguji samada anda alergik atau tidak terhadap sesuatu produk makanan. Kalau ok, baru lah beli banyak2. Ini berdasarkan pengalaman saya dimana saya makan ok, tapi ada kawan saya pula alergik. Lain orang lain alahannya kan.

Selain itu, anda juga boleh bawa makanan yang tidak cepat rosak dan sedia di makan seperti serunding, sambal ikan bilis (masak dengan minyak yang kurang) dan sambal hitam pahang ( my favourite backpack food ).

sesi makan di 7-eleven Korea yang unik dan menyelerakan. Time ni semua benda jadi sedap. Satu lagi, jangan lupa bawa sudu plastik yer... 



Jadi kawan2...kalau anda nak pergi mengembara ke negara minoriti muslim, jangan lupa bawa makanan yang senang untuk disediakan yer... harap info ni membantu...



disclaimer : polisi berkaitan produk berkaitan haiwan, tenusu dan makanan adalah berbeza mengikut negara.


Restoran halal di Seoul, Korea


Mencari restoran halal di Seoul memang agak sukar. Tapi jika anda pergi ke Itaewon yang merupakan kawasan muslim di Seoul, restoran halal ada di mana2. Nak cari pun tak susah kalau anda dah berada di area ni. Jalan beberapa langkah jumpa restoran halal. Jalan 4..5 langkah lagi jumpa restoran halal lagi. So nak share lah beberapa restoran halal di Itaewon

Koperasi MRSM Terendak guna surat khabar ganti plastik.

Pada era moden kini, banyak bahan dan barang yang menjadi kegunaan harian bertukar menjadi bahan buangan yang menyumbang kepada pencemaran. Tahukah anda barangan 10 tahun dahulu yang tidak dikitar semula telah menjadi antara penyumbang pencemaran. TV, radio, peti sujuk, telefon mudah alih zaman dulu kini diganti dengan model yang lebih canggih dan dibuang begitu saja dan menjadi punca pencemaran.
Salah satu cara untuk mengurangkan pencemaran ialah melalui kaedah kitar semula dan guna semula bahan buangan.

Hari ini masa nak beli cokelat coki-coki dekat koperasi, ternampak suatu perkara yang ringkas tetapi menarik. So nak kongsilah dengan pembaca budiman.

Nak tau apa yang menarik... Koperasi MRSM Terendak menggunakan inovasi mudah dengan menggunakan beg surat khabar untuk menggantikan plastik. Kaedah ni nampak jer simple tapi sangat menarik dan memberi impak dalam membantu mengurangkan pencemaran. Bayangkan kalau koperasi menggunakan 100 kg beg plastik setahun dan sekolah membakar 10000 kg surat kabar setahun. Berapa banyak impak pencemaran yang disumbang? Tapi dengan menggunakan surat kabar untuk menggantikan plastik, pencemaran boleh dikurangkan. 
Pengurus Koperasi MRSM Terendak dengan beg dari surat khabar...




Tahniah kepada Koperasi MRSM Terendak kerana perihatin terhadap alam sekitar dan menggunakan inovasi mudah tetapi unik untuk mengurangkan pencemaran...RESPECT 



Tempat shopping best di Seoul, Korea


Post kali ni nak bincang tempat shopping best di Seoul, Korea. Kalau nak shoppong wajib pergi ke 2 tempat ni iaitu Dongdaemun dan Namdaemun Market. Ehh...nama macam sama je. Sebenarnya Dongdaemun dan Namdaemun ni pada zaman dulu ialah pintu gerbang utama ke kota Seoul. 

Dongdaemun
Dongdaemun menggabungkan kemeriahan membeli belah di mall dan outdoor bazaar

Dongdaemun dikenali sebagai syurga fesyen Korea dan menempatkan shopping mall berskala besar. Hampir setiap perkara yang berkaitan dengan fesyen boleh didapati di sini. Bak kata zalora...beratus jenama, beribu gaya. Anda boleh memilih untuk shopping di mall pencakar langit seperti Doota dan Migliae atau shopping di outdoor bazaar pada harga yang lebih berpatutan.

Souvenir apa yang best dari Korea?


Hye semua, apa kabar? Rasanya belum terlambat untuk saya wish selamat tahun baru 2013. Kepada yang telah tercapai azam untuk ke Korea, tahniah saya ucapkan. Kepada yang belum mungkin tahun 2013 boleh dijadikan tahun melawat Korea korang. Kepada yang dah sampai ke Korea, apa souvenir yang korang beli untuk orang yang tersayang kat Malaysia?...mesti pening kan memikirkan apa yang menarik untuk dibeli sebagai hadiah dari Korea. OK, jangan pening2 sebab post kali ini nak cerita pasal souvenir yang selalu saya beli di Korea. Kat Korea ni memang banyak pilihan barang tapi kalau nak beli souvenir saya selalu beli barang yang boleh di guna, melambangkan identiti Korea dan harga  berpatutan. Saya tak suka beli barang hiasan sebab macam takda guna je. 

Jadi mari kita lihat beberapa souvenir yang biasa saya beli dari Korea

1. Sepit kuku Korea.
sepit kuku Korea memang pilihan souvenir nombor 1 saya. Ianya berguna dalam kehidupan seharian untuk menjaga kebersihan diri dan multipurpose sebab boleh juga dijadikan key chain. harganya juga berpatutan. Kalau beli selalu ambil berbundle2 



2. Penanda buku Korea


sesuai untuk mereka yang suka membaca. Penanda buku Korea mempunyai design yang unik dan melambangkan identiti korea seperti baju tradisional korea, 

yang ni book mark kegemaran saya sebab ianya boleh digunakan sebagai pisau pembuka sampul surat. Cangkuk kat atas tu memudahkan bookmark ini disangkut pada birai buku


3. Book stand Korea

satu lagi barang kegemaran saya yang dibeli dari Korea. Book stand Korea sangat unik dan fleksibel. Hanya orang yang betul2 special je dapat book stand ni dari saya tau...


Kat bawah ni gambar my personal book stand. Sayang sangat kat korean book stand ni. Beli kat Gwangju masa study dulu. Teman ketika study dan buat assignment...




4. T-shirt I LOVE KOREA
T-Shirt yang menjadi trend perlancongan ni memang wajib dibeli. Boleh lah meriak kan diri dengan memakai baju ni bila jalan2 kat KL...Selain tu boleh dipakai ketika memancing atau berkebun

yang ni pulak untuk lelaki mata keranjang

5. Set Chopstick Korea
Tahukah anda bahawa chopstick Korea adalah unik berdanding dengan chopstick dari negara lain. Ini kerana ianya diperbuat daripada logam, leper dan berpasangan dengan sudu. Jadi pastikan anda mempunyai set chopstick korea sebagai koleksi peribadi.

perbezaan chopstick Korea dengan chopstick negara lain seperti china, taiwan, jepun dan vietnam.


Last but not least ialah teddy bear dari Korea...Kalo nak yang paling special beli kat Teddy Bear Museum Korea dan bersaiz super macam kat bawah ni. Baru lah awek korang terharu.

Ok...jangan lupa bagi comment. kalau tak faham boleh tanya dalam comment yer...