Mengembara di Seoul dengan masa yang terbatas


Salam semua, post kali ni khas untuk pembaca yang akan ke Korea atas urusan pekerjaan seperti meeting and conference. Mungkin anda hanya ada masa yang terhad untuk jalan2 dan tak tau tempat menarik mana yang sesuai pergi untuk masa yang singkat. Di sini saya akan terangkan bagaimana untuk menikmati Kota Seoul walaupun anda hanya ada masa kurang dari sehari.



Caranya dengan berjalan menyusuri Sejong Belt. Sejong Belt terletak di Gwanghamun, merupakan jalinan jalan besar dan lurus serta menjadi laluan ke tempat menarik di Seoul.. OK, Jom study peta di bawah...




Mula2 anda boleh naik subway dan turun di stesyen Gyeongbokgung. Anda juga boleh naik teksi. Lokasi yang pertama harus dilawati semestinya Istana Korea yang paling gemilang, Gyeongbokgung. Anda mungkin perlu luangkan masa lebih 1 jam kerana kawasan istana yang agak luas. Jangan lupa untuk bergambar di depan Korea Blue House (rumah dan pejabat President Korea) dan melawat Korea Folk Museum yang terletak di sebelah Gyeongbokgung. 


Kemudian boleh membeli souvenir di Insadong dan bergambar di dua tugu popular iaitu Tugu King Sajong dan Tugu Admiral. Jika anda teruskan berjalan anda akan sampai di mata air yang menjadi punca dan permulaan anak sungai Cheonggyecheon. Boleh stop dan berehat sekejap. Jika anda menyusuri anak sungai, anda akan sampai ke pasar Dongdaemun. Tapi kalau anda berjalan ke arah bawah(selatan) anda akan sampai ke pasar Namdaemun.


Dalam perjalanan ke Namdaemun, anda akan melalui satu lagi istana iaitu istana Deoksugung. Walaupun agak kecil, tapi berbaloi untuk dikunjungi kerana istana ini menggabungkan seni bina timur dan barat...tradisional dan moden...Istana ini terletak berhampiran Seoul Plaza.


Setelah melawat istana, teruskan perjalanan ke Pasar Namdaemun. Di sini anda boleh shopping sakan kerana harga barangan agak murah. Bersebelahan Namdaemun ialah Myeongdong dan dari situ kita boleh berjalan ke stesyen cable car untuk ke Namsan.


Jadi anda telah melawat hampir separuh keunikan seoul dalam masa kurang dari satu hari dan yang paling menarik perjalanan boleh dibuat hanya dengan berjalan kaki... BEST KANNN



Cara kedua ialah dengan menggunakan perkhidmatan Seoul City Tour bas yang bergerak antara destinasi pelancongan sekitar Seoul. Dengan tambang harian 10000 won, anda boleh naik dan turun di destinasi menarik Seoul bila-bila masa anda suka. Kemudian anda boleh naik semula bas Seoul City Tour yang lain untuk ke destinasi berikutnya dengan tiket yang sama. Bas ini juga menyediakan pemandu pelancong berbahasa Inggeris. Tiket bas boleh dibeli di melalui tourist guide dalam bas. Dengan cara ini anda boleh pergi ke destinasi yang lebih jauh seperti Itaewon dan Hangang

Bus Seoul City Tour

peta laluan Seoul City Tour Bus, anda boleh naik dan turun di mana2 perhentian yang anda suka dalam peta ni, bila dah selesai melawat satu tempat, boleh naik bas Seoul City Tour yang lain, sangat mudah dan efektif. Sela masa antara bas ialah 30 minit

33 comments:

  1. ni melancong mesti sebab gangnam

    ReplyDelete
  2. haha...tak lah... dah pergi Korea sebelum gangnam style popular lagi.

    ReplyDelete
  3. Assalammuaalaikum sahabat....perjlnan sya hujung bulan ni...selama 6 hari 5 mlm...agak2 klu sya bwa rm4k untuk dua org cukup x? terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat2 cukup tu..terpulang pd brg yg u oll nk shopping dan tmpt u ol nk pegi..bg sy sudah sgt cukup..sy bawa ank 5 org +sy dan suami pon masih cukup 4k tu :)

      Delete
  4. Wsalam sahabat...hujung bulan ni berapa hb? Saya 25 mac...mana tau jumpa... 2k untuk sorang for 5 nights mmg lebih dari cukup...

    ReplyDelete
  5. sya 26 mac ni....smpi kt sna pagi...mudhn tiada hlgn kita boleh jumpa... :)

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah....kalau nampak saya nnt jangan lupa tegur

    ReplyDelete
  7. sya menginap area namsan park....dlm 5 minit da smpi kat namsan park tu....mn tau sahabat jln2 kat sna kita terjumpa...

    ReplyDelete
  8. Salam saudara..saya ke korea pada 26mei 2013 smpai d incheon aiport lebih kurang 8.20 pagi..menginap di namsang guesthouse agaknya agaknya petang tu lokasi mana yg sesuai untuk kami lawat yg menarik berdekatan tmpat menginap,kerana pada 27 mei esoknya kami akan ke jeju..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo dekaf dengan namsan saya cadangkan pergi namdaemun market n namsan

      Delete
  9. Salam, sy akan ke korea pd 15-20/11, nak tanya kat mane sy boleh main salji pada masa ini.- rohana

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Aslmkm, Tumpang tnya saya plan ke Seoul hujung bulan 6 ni.adakah travel ke sana hujung bln 6 satu percutian yang mengecewakan?Sebab panas? xdpt rasa sejuk2 korea?
    n perancangan menginap di Noble Hotel.Mcm mana nak travel dri Incheon airport ke Noble hotel tu?

    ReplyDelete
  12. bos, ada pegi lagi x? bulan 1 ni?

    ReplyDelete
  13. Assalam tuan. Sy cdg nak gi april 2014. 2 adults + 1baby. Ms tu ada spring festival x?

    ReplyDelete
  14. Wsalam....bulan april mmg ada banyak event spring festival n slalu start minggu ke 2 april

    ReplyDelete
  15. Salam Firdaus...ni nak tny...saya cdg nak ke sana pada 12hb - 17hb Feb 2014 ni..agak2ny..berapa budget utk dua org..tmask tmbg kapal trbg & penginpn..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... kalau pergi tanpa agen n buat style bag packer, bajet termasuk flight ticket around RM2500. Yg ni kalau dapat flight tiket RM1200 pergi balik. Kalau dapat lagi murah lagi rendah lah bajet tu ye....

      harap membantu

      Delete
  16. Salam en firdaus, sy pernah tgglkan komen di post sblm ni "10 tmpt menarik yg perlu dilawati" dan en firdaus minta sy rujuk post yg ini.

    Cuma ada lg persoalan dan bantuan yg diperlukan. Jika tak keberatan,

    Sy nak minta cdgn itenerary drpd en firdaus dan anggaran budget. Nnt sy trgkan lbh lanjut brpe lama dan apa plan sy. Blh kita berurusan melalui email jika tak keberatan? tq in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. Email sy : al[dot]hard[dot]deed@gmail[dot]com

      Delete
    2. wsalam...mmg ramai yang tanya pasal itinerary,...so saya dah buat versi yang lebih detail siap dengan gambar....hehe
      bajet yang selalu saya abiskan kalau guna itinerary tu dalam RM800-RM1200 sahaja...tak termasuk tiket flight

      harap membantu

      Delete
  17. Fir.. canner saya nak check kos utk transportation kt saya ye? saya nak buat bajet utk bulan 9 nanti.. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kos transportation selalunya buat anggaran je...letak max rm30 sehari tu transportation

      Delete
  18. assalam, tgh study korea ni tp still blur..blh pinjam itinerary x ha ha 7 days punya vacation..tempat tinggal? guess house gitu yg blh masak2..ticket dah beli ni..juta2 terima kasih..jazakumullah khairan ( semoga allah beri segala kebaikan utk mu)

    ReplyDelete
  19. ticket saya 1060 agent utk ground tour 1300 x masuk makan ok tak

    ReplyDelete
  20. ticket saya 1070 ground tour 1300 utk 7 days ok tak?

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum en fir,boleh minta email tak? saya nak minta tunjuk ajar encik Fir sikit lah pasal ke korea ni..hehe..boleh ya? trimas

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum En. Firdaus, saya meen pelajar jurusan pelancongan...saya memerlukan bantuan encik untuk membantu saya menyediakan pakej pelancongan untuk ke seoul, saya dah senarai tempat-tempat yang menarik di korea, tapi saya tak pasti bagaimana cara nak susun itinerary...style pakej pelancongan yang saya nak buat adalah style backpacker...bole x En.Firdaus bantu saya dalam menyediakan itinerary dan budget untuk pakej ini...ini email saya meanhals@gmail.com

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum En. Firdaus.. Sy mungkin akn ke korea awal bulan disember.. Agk2 mse tu salji dh turun ke blm? Xtau nk bawak bju tebal atau jaket shj.. Trima ksh

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum En. Firdaus.. Sy mungkin akn ke korea awal bulan disember.. Agk2 mse tu salji dh turun ke blm? Xtau nk bawak bju tebal atau jaket shj.. Trima ksh

    ReplyDelete