Hobi Kumpul Hot Wheels

Hai apa kabar pembaca budiman. Kisah kali ini nak kongsi pasal hobi saya sekeluarga iaitu mengumpul Hot Wheels. Hot Wheels ni ialah model kereta miniatur atau lebih mudah dipanggil diecast. Sebenarnya ada banyak model diecast di pasaran seperti matchbox, rmz city, tomica dan lain2... tapi Hot Wheels berada pada kelasnya yang tersendiri. Salah satu sebab saya suka model Hot Wheels berbanding jenama diecast lain ialah kerana binaannya sesuai untuk dimain bersama track. Ini bermakna Hot Wheels lebih kukuh, rodanya mempunyai kurang geseran tapi yg tak bestnya kebanyakan modelnya tiada side mirror (mungkin untuk mengelakkan tersangkut bila meluncur di track).




Sejarah Hot Wheels sangat panjang kerana ianya telah berada di pasaran sejak tahun 1968. Hot Wheels diperkenalkan oleh syarikat Mattel selepas ibu bapa mengadu syarikat itu tiada produk mainan untuk anak lelaki. Untuk makluman, Mattel ialah syarikat yang menghasilkan mainan patung Barbie yang terkenal untuk kanak-kanak perempuan sejak 1959. Sejak dilancarkan Hot Wheels mula terkenal sebagai permainan yang digemari kanak-kanak lelaki dan juga menjadi koleksi yang dicari oleh lelaki dewasa. Hot Wheels juga sering mengeluarkan siri khas seperti Batman, superhero Marvel dan sebagainya.

Saya mula terjebak dengan hobi mengumpul Hot Wheels ini semasa anak sulung saya, Farees berumur 3 tahun. Saya cari hadiah yang sesuai untuk kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun dan akhirnya saya belikan set permainan Hot Wheels yang ada kereta dan track sekali. 
Bila Farees main Hot Wheels saya pun join sekali... dan timbul lah satu perasaan seronok bila bermain Hot Wheels ni. Sebabnya bila main Hot Wheels, hubungan bapa dan anak lelaki menjadi erat.

Farees suka main Hot Wheels bersama adiknya Fareeq. Walaupun Farees dan Fareeq tidak membesar bersama sebab ibu mereka berlainan, Hot Wheels merapatkan hubungan mereka.
disamping itu Hot Wheels juga dapat meningkatkan kreativiti dan kemahiran hands-on anak-anak terutamanya bila bermain bersama track. Track Hot Wheels bersifat fleksibel dan boleh dipasang mengikut kreativiti. Ianya mudah dan tidak memerlukan skru atau alatan lain untuk dipasang.
antara track Hot Wheels yang kami ada. 



Bermula dengan 1 kereta, ianya menjadi semakin banyak. Bila saya dan keluarga pergi shopping beli barang dapur atau keperluan rumah, pasti kami akan ke rak permainan untuk memburu Hot Wheels. Kalau ada model yang berkenan di hati mesti beli. Lama2 koleksi Hot Wheels menjadi lebih 200 biji dalam masa tak sampai 6 bulan dari tarikh start kumpul..
antara kereta yang terawal dibeli. Red chevy camaro ss dan blue bully goat


Bila dah cecah sampai 200 biji kereta, saya mula lebih fokus beli model yang tertentu sahaja. Kalau tak asal nampak kereta yang belum ada terus beli. Saya fokus untuk kumpul model jenama Ford terutamanya Ford mustang. Sebab saya kumpul Ford ialah kerana pengasasnya iaitu Henry Ford yang merupakan pengasas industri perusahaan automobil.
antara koleksi model Ford 

Saya juga mengumpul Batmobile, iaitu kereta tempur Batman. memang dari kecil saya minat dengan Batman sebab sifatnya yang tabah dan misteri sama macam saya...ahakz.. 
classic batmobile


Isteri saja pun dah mula kumpul Hot Wheels. Dia kumpul model kereta yang berwarna pink. Semua model kereta tak kisah asalkan warna pink. Warna pink pada kereta Hot Wheels ni agak rare juga dan menimbulkan cabaran dalam mengumpulnya. Tapi cabaran itulah yang menjadikan hobi ini menarik. 
antara koleksi kereta pink isteri saya...seronok bila isteri kita ada hobi yang sama dengan kita kan.


koleksi yang baru ditambah,

Bila dah ada koleksi yang bertambah banyak, perlulah dijaga dan disimpan agar boleh diwarisi oleh generasi akan datang. 

Untuk model loose yang telah dikeluarkan dari card, saya simpan dalam rak display yang ditempah khas.



untuk koleksi yang carded, saya sediakan frame khas 



 Untuk anak-anak pula saya sediakan lori hauler khas dari hot wheels yang boleh menempatkan lebih 50 kereta.


Oklah, setakat ini dulu perkongsian saya kali ini. Lain kali saya share lagi pasal koleksi Hot Wheels saya. Ada tak pembaca yang mempunyai hobi yang sama? Kalau ada boleh la komen dan share pengalaman ye.







2 comments:

  1. mana nak beli frame hotwheel tu?

    ReplyDelete
  2. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete